Siapa yang kenai saya mesti tau yang saya ade satu rahsia. Black hole yang korang cari di angkasa tu sememangnya bukan kat angkasa nun sana. Ia duduk di dalam perut saya sebenonya.hihi*.Betul. Antara gelaran-gelaran femes saya adalah makan macam naga, macam boye, macam hantu, macam jin dan macam-macam lah..Nafsu tinggi gila. Kalau amek lauk makan dengan orang yang tak berapa nak kenai, mesti diorang tutup muka malu, atau duduk bawah meja. Boipren saya dah biasa…hihi..dan disebabkan ‘kadang-kadang’ saya makan tak abes, kalau order, boipren saya order air je..sebab die tahu saya confirm tak abeh punye..TAPI kalau saya tengah lapar, tolong la jangan usik makanan saya?amir je buleh :p Satu hari kalau tak makan nasi, boleh nangis (cerita benar). Sebab bila tak makan nasi, rasa macam nak pengsan, macam matlamat hari itu tak lengkap. Tak boleh tdo, tak boleh buat keje,tak boleh fikir, tak boleh nak bergerak, serba tak boleh lah..mesti nak emo-marah-marah dan meletup dengan mudah sekali kalau di-provoke.Jadi janganlah buat saya sakit hati kalau saya tengah lapar = Macam Buaya lapar. Sayalah boye darat sebenanye. Kalau lapar gila, sampai last meal pun tak ingat bila dan makan apa. Sebab makanan tu bukan je dah tersejat dari perut, tapi juga minda. Manyak dahsyat who. Waktu ini ular makan tak tentu. Saya amalkan makan bila lapar. Makan in moderation (erti moderation buat saya: Nak makan ayam, daging, lemak buleh sajo..tapi kene lah makan sayur dan buah banyak juga—balance laa jadik nya). Exercise bila buleh..jalan-jalan dalam mall pun ok…Buat housework pun ok jugak..buli kucen pun ok jugak..Tapi basically perut saya orang melayu jati, roti and cheese kurang sikitttt…Tapi saya suka Makanan Melayu, Cina, Dim sum, stimboat, teppanyaki, Japanese, sushi, Vietnamese, Indonesian, Indian, Portuguese, makanan ongputeh, French, dan yang pelik-pelik sumer saya sukaaa sangat..Tiada istilah tak sedap dalam kamus perut saya :)
Wednesday, February 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment